Click here:

Thursday, October 7, 2010

KUALA LUMPUR 9/10/10 @ 12 Midnight : Company Dinner di The Garden Mid Valley :Tema Retro...

Hari Sabtu ini sempena nak count down  10/10/2010...Company aku anjurkan lah satu Dinner di The Garden Mid Valley Tema Retro...dah lah aku kerja petang hari sabtu tu... off duty jer selalu dekat jam 9.30 PM...nak bersiap-siap  nak make up lagi...sempat ke aku nak buat semua itu..dah lah kalau tidak pergi kena explanation letter dan di denda bayar  RM60...kalau ikutkan hati memang malas...nak pergi....sebab tidak ada pakaian yang sesuai untuk tema Retro ni...rambut palsu afro( wekkkks).....mana aku nak cari costume ni..dah lah last minute plan...baju pun tidak ada..Nak shopping pun dah tidak sempat sebab dua hari ini kerja petang balik pun dah jam 10 malam....Tengok lah mood aku hari tu...kalu mood baik & wad x busy...aku pergi...kalu busy mmg sori naik lori lah...Baik aku balik rumah tidur lagi bagus....

Crazy Lyrics Artist(Band):Aerosmith

Come 'ere baby

You know you drive me up the wall
The way you make good for all the nasty tricks you pull
Seems like we're makin' up more than we're makin' love
And it always seems you've got someone on your mind
Other than me
Girl, you gotta change your crazy ways - you hear me

Say you're leavin' on the seven thirty train
And that you're heading out to Hollywood
Girl, you've been givin' me that line so many times
It kinda gets that feelin' bad looks good, yeah

That kinda lovin' turns a man to a slave
That kinda lovin' sends a man right to his grave

(Chorus)
I go crazy, crazy, baby, I go crazy
You turn it on - then you're gone
Yeah you drive me crazy, crazy
Crazy for you baby
What can I do, honey
I feel like the color blue

You're packin' up your stuff
and talkin' like it's tough
and tryin' to tell me
That it's time to go, yeah!
But I know you ain't wearin' nothin' underneath that
overcoat and that it's all a show, yeah!

That kinda lovin' makes me wanna pull down the shade,
yeah
That kinda lovin' yeah, now I'm never never never never gonna be the same

(Chorus)

I'm losing my mind
Girl, 'cause I'm goin' crazy

(guitar solo)

I need your love, honey, yeah
I need your love...

Crazy, crazy, crazy for you baby
I'm losin' my mind,
Girl cause I'm going crazy
Crazy, crazy, crazy for you baby
You turn it on - then you're gone
Yeah you drive me...

Aerosmith - Crazy

Macamana nak realisasi kan Kempen 1 Malaysia...sedangkan 1 Melayu pun asyik nak berbalah ,bergaduh tidak puas hati dengan satu sama lain bermasam muka macam cuka getah...entah apa-apa aku pun naik hairan & tidak faham.

Penat Kerajaan menjalankan Kempen 1 Malaysia disana sini ... Namun begitu 1 Melayu pun asyik nak berbalah bergadoh,bermasam muka..jalan sebelah selisih bahu pun buat buta padahal celik lagi mata tu...masing -masing nak tunjuk hebat & terbaik... tidak payah susah-susah contoh terbaik cukup lah korang tengok  dekat tempat kerja  kau  orang sudah lah mesti ada orang- orang yang macam itu kan? tidak boleh lihat orang lain senang .....kerja dia ialah untuk menjatuh kan orang lain...kadang - kadang dia orang sanggup lihat rakan sekerja jatuh teruk terlingkup demi kepentingan sendiri...kalau begitu lah hitam nya hati dan perasaan dia orang macamana bangsa kita nak maju kalau bangsa sendiri asyik nak tutup periuk nasi kita demi kepentingan sendiri.aku menulis ini sebab aku nak orang sedar kita seharusnya jangan bersikap pentingkan diri sendiri  kita hidup tolong menolong dan saling bantu membantu...sekiranya rakan -rakan buat silap buat silap tidak salah sekiranya kita tegur ini tidak terus report ke bos...sebab nak markah cemerlang sanggup lingkup kan rakan sendiri...mungkin di dunia hidup kita senang lenang sebab kita bahagia dia atas kesengsaraan orang lain tapi di akhirat kau orang fikir lah sendiri......Tidak payah nak jatuh kan periuk nasi orang ...di dalam dunia ini tiada orang yang sempurna masing -masing ada kelemahan masing-masing...kekurangan apa tidak nya " No body Born Perfect" Seharusnya kita hidup berkerja sama tolong menolong, membantu satu sama lain bagi sama -sama maju...jangan asyik fikir perut sendiri...Kita seharusnya belajar hormat menghormati dan tolong menolong sesama yang lain...yang muda hormat pada yang tua...Jangan jadi orang yang selalu lupa pada asal usul ....jadi lah seperti "padi lagi berisi tunduk ke bumi"...ini tidak bila dah berjaya,berpangkat sikit sombong diri pandang orang pun sebelah mata...aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa merendah diri....biar lah apa sekali pun.....biar lah hidup dalam sederhana asalkan tidak berpecah belah dan saling tolong menolong sayang menyanyangi diantara satu sama lain...Aku memang tidak sempurna tapi aku benci bergaduh dan bermasam muka walaupun aku tidak ada sahabat yang beribu tapi aku tak nak musuh walaupun satu dalam hidup aku ini...biarlah aku dengan cara aku asalkan tiada orang yang ganggu hidup aku..


Cubalah kita sama -sama  duduk sejenak dan fikirkan "becerai kita  roboh bersatu kita teguh".....Kalau kita nak maju e.g company kita....sebagai contoh nya kita harus bersatu padu & tolong menolong berkerja sama agar kita dapat bersama- sama memajukan company kita itu....jangan bersikap pentingkan diri sendiri tidak dapat apa -apa faedah pun...

Thursday, September 23, 2010

Me & my family...miss my family very much!!!!

Ni aku abah ,mak dan  Bittak...masa ni datang melawat mak & abah dekat N.9 jadi pergi melawat sekali kota bersejarah ini...jalan -jalan makan angin...best juga banyak tempat bersejarah dekat sini tapi tempat makan kurang banyak.Kalau nak makan ikan bakar memang banyak...kena pandai pilih tempat tapi kalau tidak kurang sedap.







Ini picture adik bongsu sasha & bittak ..masa beraya last year kot....x bape ingat sgt...












Ini picture aku & adik.....sama tak muka???kak long & adik bongsu....











 Ini picture adik lelaki aku yang no.4   nama dia Ashob...dia ni kuat bergaya penat layan kerenah dia....kalau nak shoping, untuk dia kena ikut selera kalau tidak habis aku kena bebel....nasib baik masa beli kasut untuk dia dulu aku mms jer suka baru beli kalu tidak habis tidak mahu pakai....tapi kalau dia minat habis pakai sampai nak koyak baju tu....










Ni picture adik lelaki aku  & bittak yang kedua Angah @ zul nama glamour dia Zola masa sekolah dulu....dia ni dah berkahwin wife dia dah hamil pun sekejap lagi aku jadi Atey lah...ada anak saudara tidak sabar rasa nya...macam -macam aku nak beli ni untuk anak saudara aku nanti sebab nak tunggu anak sendiri lama lagi ....jadi manja kan anak saudara dulu lah......





Picture gedik-gedik ni antara aku & adik selalu rindu dekat adik si Ashob & adik duduk berdua di Perak ...
sebab adik nak PMR & Ashob nak SPM......jadi lepas exam dia orang pindah duduk dengan abah & mak...







Wednesday, September 22, 2010

22/9/2010 @ 21:30 PM Cermin Kereta Proton Iswara Putih di pecah.

        Pada 2130 pm aku sedang  memandu kereta dari tempat kerja ke rumah ,sampai sahaja depan rumah di Petaling Utama Jalan Klang Lama ,aku nampak ada kereta proton iswara berwarna putih cermin pintu berbalut dengan plastik,  dalam hati memang sah lah cermin ini kena pecah.Bila aku buat "u turn "nak park kereta aku tengok ada kaca  berkecai di jalan raya depan rumah itu .Aku pun terus parking kereta dalam hati risau juga parking disitu takut kena perkara yang sama tapi apa boleh buat tak ada tempat dah nak park terpaksa,Aku terus berjalan pulang dan bertawakal setibanya di tempat security guard aku pun terus lah tanya pak guard yang sedang bertugas itu,pak guard itu beritahu aku yang kereta itu kena pecah malam tadi ..barang yang hilang adalah $1.50.Tengok punya terdesak betul si pencuri mabuk ini kerana $1.50 sanggup pecah cermin kereta orang memang tidak berhati perut .
                Namun begitu pengajaran yang dapat disimpulkan disini ialah jangan lah letak duit dalam kereta banyak aku tengok kawan-kawan aku suka letak syiling melambak dekat hand break itu sebab duit syiling dah habis rugi beratus ringgit kereta kena pecah .Sekarang ini aku rasa duduk dekat mana-mana pun tidak selamat semakin ramai pengganas di Malaysia...aku memang takut benda-benda macam ini aku harap semua orang dapat bekerja sama memberi maklumat pada pihak yang berkuasa sekiranya mereka mendapat maklumat.Aku harap pihak polis dapat buat rodaan yang lebih kerap dikawasan yang berisiko dan rate jenayah tinggi.

Monday, September 20, 2010

Kad ATM kena Telan Dekat CIMB cawangan PJ State...salah sendiri..

       Padan muka aku! suka sangat  berangan-angan... resit penyata aku amik kad  atm aku tinggal dekat situ..terus jer kuar..mesin alarm tu dah berbunyi-bunyi baru aku nak kejar dah selamat ditelan nya kad ATM aku..aku suruh lah mamat technician yg kebetulan tengah servis machine rosak g amik kad aku  itu untuk aku "suka hati aku jer nak suruh-suruh orang masing-masing ada peraturan....dia cakap ambil esok amik kat kaunter..ish2 geram yer...nasib baik tak masuk gaji lagi kalu dah gaji nangis air mata darah pun tak guna tunggu lah esok apa cerita nya....Nasib baik sume duit aku draw habis..tinggal saki baki jer dalam akaun tu...kalu tidak mahu malam ni aku tidak tido lena..asyik fikir tentang kad bank jer...nangis2.....