Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip solekan yang asas dan ""simple"" tapi berkesan,yang perlu kaum hawa oleskan di wajah sebelum melangkah ke tempat kerja atau di rumah .Tujuan saya supaya kaum hawa sentiasa kelihatan cantik dan menawan namun tidak keterlaluan. Solekan yang simple dan bersih akan menaikkan seri wajah.Supaya kita kelihatan lebih ceria dan dapat menghilangkan wajah pucat yang keterlaluan seperti orang sakit dan kurang darah.Supaya orang yang memandang wajah kita menjadi sejuk dan ceria.Solekan tidak perlulah berbibir merah,berpipi merah dan eyes shadow berwarna warni untuk kelihatan ceria.Tip yang saya ingin kongsikan sangat simple tapi ceria dan sangat berkesan.
Diantara solekan asas yang perlu ialah:
1-Krim pelembab + UV protection-Mulakan dengan Krim pelembab muka yang mengandungi UV protection seperti mengandungi sekurang kurangnya SPF 15 .Sapu rata-rata pada kawasan wajah biarkan selama 5 minit baru mulakan solekan ,krim wajah yang mengandungi UV protection sangat penting dari menggelakkan dari sinaran UV yang berbahaya yang menyebabkan kanser kulit dan mempercepatkan penuaan.
2-Concealer- Pastikan kita pilih warna concealer yang sesuai dengan warna kulit kita, kalau boleh warna gelap sedikit sahaja dari warna kulit,adalah perkara paling asas dalam solekan ...tip dari saya jika kita guna Concealer tidak perlu lagi kita gunakan faundation kerana faudation jika dipakai terlalu lama akan menutup liang roma kita dan menyebabkan jerawat.Jadi kita gunakan concealer untuk menutup segala ketidak sempurnaan pada waajah kita seperti parut jerawat paling penting kesan lebam bawah mata.
3- loose powder-setelah kita ratakan concealer rata -rata kat kawasan yang bermasalah..pastikan ianya sekata dan tidak bercapuk...pastikan juga kesan cela cover dengan baik.Kemudian kita layangkan berus besar sapukan loose powder rata -rata sehingga sekata .Loose powder bagus kerana ianya tidak menutup liang roma dan sesuai untuk kulit berjerawat
3-Lip balm -Pakai lip balm sebelum sebarang solekan pada bibir,lip balm penting dalam mengekalkan keseimbangan bibir.
4- Blusher - Pilih warna yang ""skin tone"" dan lembut seperti peach ,pink ....guna kan berus dan layangkan secara perlahan pada tulang pipi mulakan dari atas kebawah.Gunakan berus yang sesuai untuk kesan yang sederhana tapi cantik.
5- Mascara - Cukuplah sekadar kita memakai mascara kerana ianya akan menyerlahkan lagi mata kita.
6- Lip Stick - Gunakan lip stick yang lembut seperti earth color,peach dan pink yang lembut sekadar memberikan sedikit warna yang lembut dan ceria,Gunakan berus atau jari untuk meratakan lip stik supaya ianya sekata.
7- Brow Definer Pencil- Gunakan pensil pembentuk kening ,pilih warna yang sesuai bentukkan kening anda,bentukkan secara sederhana dan beruskan pewarna kening tadi sehingga sekata,pastikan anda rata kan dari arah hujung mata yang berhampiran dengan hidung kearah keluar .Pastikan kening kita kemas dan terbentuk Sebenarnya tidak perlu cabut kening untuk kesan kening yang terbentuk yang penting cara yang betul.Pastikan kita pilih warna pensil kening yang berwarna coklat terang jangan sekali kali gunakan warna hitam kerana ianya akan menyebabkan wajah kita menjadi garang.
Sampai disini sahaja tip dari saya.Tapi percaya lah ianya memang berkesan ,cubalah kerana saya memang amalkan nya semasa pergi bekerja dan keluar .Saya sekadar ingin berkongsi.
TQ for the tips.
ReplyDelete