Click here:

Wednesday, January 5, 2011

Panduan Solekan Simple Buat Kaum Hawa.

                  Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip solekan yang asas dan ""simple"" tapi berkesan,yang perlu kaum hawa oleskan di wajah sebelum melangkah ke tempat kerja atau di rumah .Tujuan saya supaya kaum hawa sentiasa kelihatan  cantik dan menawan namun tidak keterlaluan. Solekan yang simple dan bersih akan menaikkan seri wajah.Supaya kita kelihatan lebih ceria dan dapat menghilangkan wajah pucat yang keterlaluan seperti orang sakit dan kurang darah.Supaya  orang yang memandang wajah kita menjadi sejuk dan ceria.Solekan tidak perlulah berbibir merah,berpipi merah dan eyes shadow berwarna warni untuk kelihatan ceria.Tip yang saya ingin kongsikan sangat simple tapi ceria dan sangat berkesan.


Diantara solekan asas yang perlu ialah:

1-Krim pelembab + UV protection-Mulakan dengan Krim pelembab muka yang mengandungi UV protection seperti mengandungi sekurang kurangnya SPF 15 .Sapu rata-rata pada kawasan wajah biarkan selama 5 minit baru mulakan solekan ,krim wajah yang mengandungi UV protection sangat penting dari menggelakkan dari sinaran   UV yang berbahaya yang menyebabkan kanser kulit dan mempercepatkan penuaan.

2-Concealer- Pastikan kita pilih warna concealer yang sesuai dengan warna kulit kita, kalau boleh warna gelap sedikit sahaja dari warna kulit,adalah perkara paling asas dalam solekan ...tip dari saya jika kita guna Concealer tidak perlu lagi kita gunakan faundation kerana faudation jika dipakai terlalu lama akan menutup liang roma kita dan menyebabkan jerawat.Jadi kita gunakan concealer untuk menutup segala ketidak sempurnaan pada waajah kita seperti parut jerawat paling penting kesan lebam bawah mata.

 3- loose powder-setelah kita ratakan concealer rata -rata kat kawasan yang bermasalah..pastikan ianya sekata dan tidak bercapuk...pastikan juga kesan cela cover dengan baik.Kemudian kita layangkan berus besar sapukan loose powder rata -rata sehingga sekata .Loose powder bagus kerana ianya tidak menutup liang roma dan sesuai untuk kulit berjerawat

3-Lip balm   -Pakai lip balm sebelum sebarang solekan pada bibir,lip balm penting dalam mengekalkan keseimbangan  bibir.

4- Blusher - Pilih warna yang ""skin tone"" dan lembut seperti peach ,pink ....guna kan berus dan layangkan secara perlahan pada tulang pipi mulakan dari atas kebawah.Gunakan berus yang sesuai untuk kesan yang sederhana tapi cantik.

5- Mascara  - Cukuplah sekadar kita memakai mascara kerana ianya akan menyerlahkan lagi mata kita.

6- Lip Stick - Gunakan lip stick yang lembut seperti earth color,peach dan pink yang lembut sekadar memberikan sedikit warna yang lembut dan ceria,Gunakan berus atau jari untuk meratakan lip stik supaya ianya sekata.

7- Brow Definer Pencil-  Gunakan pensil pembentuk kening ,pilih warna yang sesuai bentukkan kening anda,bentukkan secara sederhana dan beruskan pewarna kening tadi sehingga sekata,pastikan anda rata kan dari arah hujung mata yang berhampiran dengan hidung kearah keluar .Pastikan kening kita kemas dan terbentuk Sebenarnya tidak perlu cabut kening untuk kesan kening yang terbentuk yang penting cara yang betul.Pastikan kita pilih warna pensil kening yang berwarna coklat terang jangan sekali kali gunakan warna hitam kerana ianya akan menyebabkan wajah kita menjadi garang.


           Sampai  disini sahaja tip dari saya.Tapi percaya lah ianya memang berkesan ,cubalah kerana saya memang amalkan nya semasa pergi bekerja dan keluar .Saya sekadar ingin berkongsi.




Sunday, January 2, 2011

Penyakit was was @ OCD....

              Was was ataupun dalam istilah medikal ialah  OCD (Obsessive-Compulsive Disorder )
ada lah salah satu penyakit  gangguan mental yang banyak melanda orang di  masa kini...seperti  pelajar ...Bila berada didalam keadaan  yang tertekan ,gangguan  ini pun datang lah menyerang .Was was adalah  keadaan dimana kita berasa ragu- ragu terhadap semua perbuatan kita dan disebabkan keadaan itu kita mengulanginya berulang kali.Apabila kita dalam keadaan tertekan keliru dan hilang haluan musuh utama kita iaitu Syaitan akan datang menghampiri kita dan membisikkan kata -kata sehingga kita berasa was was di dalam perbuatan kita...bukan itu sahaja di dalam sembahyang juga kita mungkin akan mengalami keadaan  was was...Contohnya kita rasa air wuduk kita tidak sah,kita tertinggal bacaan Al Fatihah bermacam macam lah yang bermain di kepala kita.Sehingga kita berulang kali berhenti dan memulakan solat...Banyak lah perkara yang dikaitkan dengan was was seperti kita mencuci tangan berulang kali kerana bimbang kuman yang berada ditangan kita,menggosok gigi berulang kali kerana kita rasa gigi kita tidak bersih ,tingkah laku gemar menggumpul barangan lama seperti surat kabar,majalah sampah-sampah dan anda mengalami kesukaran untuk membuang barang lama sehingga rumah anda seperti stor ini juga adalah salah satu dari masalah OCD...hahhahahah macam-macam kan....Bermacam macam lah keadaan dimana kita melakukannya berulang ulang  kali .
Sekiranya perkara begini berlaku pada anda ,jangan berasa  malu untuk berjumpa dengan Doktor dan mendapat kan rawatan sekiranya perkara ini tidak dirawat sejak dari awal lagi ianya kan menggangu fungsi hidup anda.

Azam Baru di Tahun 2011...aku nak cepat kahwin "desperate" jer bunyi namun ini realiti....

Hahaahahah(ketawa dlm hati)....Tahun 2011,genap  lah umur aku 26 tahun ,pejam celik pejam celik tua dah aku ni.....perangai aku jer yang tidak tua-tua nasib baik...Lg 2 tahun setengah cukup lah kontrak kerja aku...tidak sabar rasa nya melangkah pergi memula kan hidup baru...Bosan lah hari-hari buat perkara yang sama.Cuma azam tahun baru ini sahaja yang berubah ....kalau boleh aku nak cepat kahwin hheeheehe....tapi.....apa kan daya..aku hanya lah seorang wanita....lelaki kena datang meminang bukan aku yang pergi meminang...sooo apa daya...berserah lah pada takdir....dan suratan Ilahi.....kalau ada jodoh ada lah kalau tidak ada....nak buat macam  mana nak takdir badan...sedih....nya...semua kenalan aku dah masuk alam perkahwinan dah beranak pinak lagi...aku juga yang still macam ni...adakah takdir ataupun pembalasan buat aku...Aku harap tahun 2011 ini menjanjikan semua yang indah buat aku...aku harap corak hidup aku juga semakin berubah dan menjadi semakin baik...aku harap orang sekeliling lebih memahami aku...aku berharap juga...perkerjaan aku juga semakin baik...aku harap dapat kenaikkan gaji yang setimpalnya...aku harap sepembuli di tempat aku itu mendapat balasan tuhan...agar dia lebih sedar diri...hidup di dunia hanyalah sementara dan loan dari Allah soooo jgn lupa diri....Aku harap aku kan dipertemukan jodoh A.S.A.P...aku harap terbuka lah pintu hatinya buat diri ku.....penat dah menanti....

Aku pulak yg geram.....dgn mamat pemotong ikan dkt Giant KJ tu"Bahasa Kita Mencerminkan Bangsa kita"

Tadi tidak tahu apa mimpi aku rasa macam nak g jalan2 ...beli barang dapur dkt Giant kebetulan jalan dekat tempat ikan aku tertarik nak beli kerang yang dah siap berkupas tu masak sambal taucu sedap...dlm hati aku...dah siap aku kaut kerang tu masuk dalam plastik...aku pun terus ikat plastik tu melangkah kearah tempat penimbang ikan kebetulan "mamat " pemotong ikan itu sedang sibuk siang ikan untuk pelanggan...yang buat aku rasa tidak best tentang mamat ini sedap mulut dia jer nak maki customer kebetulan customer itu bukan orang Malaysia...sekali tengok macam org Bangladesh....si customer minta lah mamat itu potong sekali ikan itu...tapi customer itu panggil mamat itu panggilan "bai" tapi dari segi raut wajah customer tak macam nak menggata pun..mungkin customer itu tidak pandai berbahasa melayu...tapi yg aku benggang dan geram si mamat pemotong ikan itu boleh marah2 maki si customer itu...tapi aku mmg dah perhatikan...dari mula lagi mamat itu macam tidak puas hati....dihentak-hentak nya pisau pemotong ikan tanda protes...bila customer itu salah guna ayat apa lagi cari punca lah...
Bagi aku kalau mamat itu tidak suka kerja dia apa lagi resign lah...jgn nak bersikap macam itu....

Thursday, December 30, 2010

Semuanya Di Hujung Jari....

https://www.cimbclicks.com.my/



Semuanya mudah & ringkas ,kan di zaman IT ,semua nya hanya di hujung jari...
Jika dulu punya lah susah nak bayar bil air elektrik ,sewa rumah dll....
Namun sekarang buka Internet tekan-tekan semuanya siap....
Bukan itu sahaja nak buat amal jariah pun boleh ..
apa orang kata menderma...semuanya ada disini...
Senang kan...tidak perlu lagi beratur panjang...masa,tenaga wang pun
bertambah jimat..
Nak bayar saman pun sekarang dah mudah ...
Boleh bayar online disini...
semuanya di Myeg


http://www.myeg.com.my/


Hanya yang perlu register, login & bayar saman

Nak renew road tax pun boleh, macam-macam lah...
Banyak nya faedah yang kita perolehi dari Internet..
Ini lah kebaikannya...

Queen of Curvy...Kim Kardashian

`"This photo I grab from Google Image TQ...""


Kim is ""Queen Of Curvy"" I love her so much...
Kim really confident with her body type ...
For me Kim is perfect!...
Kim represent woman with curvy type of body...
I really adore   her so much...
Just now  I get best info from Kim...while
wacthing E news @ E Channel (712 Astro)...Her best tip to lost weight
and keep fit and healty
is "" Cardio Exercise""TQ Kim...
The moral story i  learn from Kim ...
When you "'confident"' with yourself you will looked gorgeous.!

LOVE U KIM...

Part time Work....

Aku berminat nak penuhi masa lapang aku dengan "part time job":
walaupun aku kerja 6 hari seminggu aku masih lagi rasa kebosanan...
& kesunyiaan yg teramat...nak rasa nya buat kerja part time..
nak isi masa lapang....blogging juga kerja part time juga..
tapi aku nak kerja part time yg boleh penuh kan poket aku...
Kalau ada sesiapa nak offer part time job dkt aku...
sudi-sudi kan lah pm aku k....