Click here:

Thursday, October 7, 2010

Macamana nak realisasi kan Kempen 1 Malaysia...sedangkan 1 Melayu pun asyik nak berbalah ,bergaduh tidak puas hati dengan satu sama lain bermasam muka macam cuka getah...entah apa-apa aku pun naik hairan & tidak faham.

Penat Kerajaan menjalankan Kempen 1 Malaysia disana sini ... Namun begitu 1 Melayu pun asyik nak berbalah bergadoh,bermasam muka..jalan sebelah selisih bahu pun buat buta padahal celik lagi mata tu...masing -masing nak tunjuk hebat & terbaik... tidak payah susah-susah contoh terbaik cukup lah korang tengok  dekat tempat kerja  kau  orang sudah lah mesti ada orang- orang yang macam itu kan? tidak boleh lihat orang lain senang .....kerja dia ialah untuk menjatuh kan orang lain...kadang - kadang dia orang sanggup lihat rakan sekerja jatuh teruk terlingkup demi kepentingan sendiri...kalau begitu lah hitam nya hati dan perasaan dia orang macamana bangsa kita nak maju kalau bangsa sendiri asyik nak tutup periuk nasi kita demi kepentingan sendiri.aku menulis ini sebab aku nak orang sedar kita seharusnya jangan bersikap pentingkan diri sendiri  kita hidup tolong menolong dan saling bantu membantu...sekiranya rakan -rakan buat silap buat silap tidak salah sekiranya kita tegur ini tidak terus report ke bos...sebab nak markah cemerlang sanggup lingkup kan rakan sendiri...mungkin di dunia hidup kita senang lenang sebab kita bahagia dia atas kesengsaraan orang lain tapi di akhirat kau orang fikir lah sendiri......Tidak payah nak jatuh kan periuk nasi orang ...di dalam dunia ini tiada orang yang sempurna masing -masing ada kelemahan masing-masing...kekurangan apa tidak nya " No body Born Perfect" Seharusnya kita hidup berkerja sama tolong menolong, membantu satu sama lain bagi sama -sama maju...jangan asyik fikir perut sendiri...Kita seharusnya belajar hormat menghormati dan tolong menolong sesama yang lain...yang muda hormat pada yang tua...Jangan jadi orang yang selalu lupa pada asal usul ....jadi lah seperti "padi lagi berisi tunduk ke bumi"...ini tidak bila dah berjaya,berpangkat sikit sombong diri pandang orang pun sebelah mata...aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa merendah diri....biar lah apa sekali pun.....biar lah hidup dalam sederhana asalkan tidak berpecah belah dan saling tolong menolong sayang menyanyangi diantara satu sama lain...Aku memang tidak sempurna tapi aku benci bergaduh dan bermasam muka walaupun aku tidak ada sahabat yang beribu tapi aku tak nak musuh walaupun satu dalam hidup aku ini...biarlah aku dengan cara aku asalkan tiada orang yang ganggu hidup aku..


Cubalah kita sama -sama  duduk sejenak dan fikirkan "becerai kita  roboh bersatu kita teguh".....Kalau kita nak maju e.g company kita....sebagai contoh nya kita harus bersatu padu & tolong menolong berkerja sama agar kita dapat bersama- sama memajukan company kita itu....jangan bersikap pentingkan diri sendiri tidak dapat apa -apa faedah pun...

2 comments:

  1. memang camtu persaingan dalam dunia pekerjaan sekali pun. susah nak mengelak memang selalu ada manusia busuk hati di mana2

    ReplyDelete
  2. Mmg lah Sasa...stress jer..
    Nk g kerja pun hati x senang...
    Hari2 rasa nk resign ...

    ReplyDelete