Bermula hari ini 15 hb Jan..2011 bermulalah perjalanan aku untuk kembali berdiet mengguruskan lemak-lemak yang berkumpul ini...senang benar aku menambah berat badan...Aku kena belajar kawal pemakanan aku semoga aku dapat mencapai berat 45kg dalam masa 30hari.Diet ini bukan sebab paksaan dari siapa-siapa namun aku sendiri yang dah rasa tidak selesa...rasa berat jer badan aku ini...sudah uniform pun rasa sendat jer...ish3 ketat...x selesa...aku nak kembali kepada berat ideal aku...Tak nak makan malam lg...Tak nak makan fast food minum coke lagi...Aku kena lebih berusaha bersenam demi berat badan yang ideal.Muka dah tembam dalam photo pun tidak cantik...Dah 3 bulan tidak pergi shopping sebab berat dah bertambah...nak heart attack aku dibuat yer tadi tgk berat badan aku...issshhhh...semua ini disebabkan stress hormone pun tidak balance...bila stress mula lah nafsu makan bertambah semua benda nampak sedap...tidak tahan lah macam ini...tensiii dibuatnya.Nak gi gym tidak ada geng...kalau ada best juga...Nak jogging asyik cakap jer pergi tidak juga aku kena wat workout ini...Liana usaha lah jangan tungggu dah jadi Obesity baru nak usaha....Sayangi lah badan anda....
Click here:
Friday, January 14, 2011
Wednesday, January 12, 2011
Tuesday, January 11, 2011
Surga Di Telapak Kaki Ibu....
Ibu,Mama,Mami.Ummi ,Emak itu lah ungkapan keramat yang sering digunakan untuk insan yang bergelar 'Wanita'..Insan ini lah yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan,kita dibawanya kesana kesini tanpa merasa beban...namun jauh disudut hati Insan ini sangat gembira dengan kehadiran kita dan tidak sabar menunggu kita lahir kedunia menyerikan lagi kehidupannya...Insan ini juga memberikan kita sejuta pengorbanan sehingga wujudnya kita dimasa kini sehingga bergelar Doktor,Peguam ,Jurutera bahkan Perdana Menteri tanpa insan yang bergelar ' Wanita' dan bergelar Ibu tiada lah kita di muka bumi ini betapa besarnya pengorbanan seorang Ibu yang bergelar 'Wanita' .Disaat kelahiran kita di dunia ini,Ibu bersabung nyawa supaya kita dapat lahir di dunia ini,10 jam Ibu menderita.Namun Ibu sentiasa gembira kerana tidak sabar menunggu kelahiran kita di dalam benak hati Ibu yang bermain hanyalah "Ya Allah ,semoga anakku ini lahir dengan selamat".Setelah kita lahir kedunia dan tangisan kita memecahkan kesunyian malam,Ibu pun menagis bukan kerana sakitan yang dialami namun kerana kegembiraan yang teramat . Apabila Ibu melihat kita berada di pangkuan nya kesakitan ibu terus hilang dengan serta merta,Ibu mengalirkan air mata tanda kegembiraan. Ibu membelai kita dengan penuh kasih sayang ,Ibu juga memberikan kita nutrisi yang pertama melalui penyusuan susu Ibu,besar benar pengorbanan Ibu kepada kita,perut Ibu terpaksa berlapar kerana menunggu saat kelahiran kita, namun sesudah kita lahir sahaja di dunia, membuka mata pun kita tidak mengerti namun Ibu sudah pun memberikan kita nutrisi yang secukupnya.Sesaat kita berada di pangkuan Ibu kita seolah menggerti itu lah Ibu yang mengadungkan ,kita pun terdiam dan seakan membisu ,terasa aman dan tenteramnya berada di pangkuan Ibu.Ibu menggucup dahi kita menandakan kasih sayang yang tidak terhingga.Setelah kita dewasa , jangan di lupakan jasa Ibu walaupun sesaat,kerana Ibu ada lah segala-galanya.Syurga juga di telapak kaki Ibu.Besar sungguh jasa dan pengorbanan Ibu.Itulah dia kisah 'Wanita' yang begelar Ibu.
Friday, January 7, 2011
Justin Bieber
Sumber Gambar : Google Image
Justin Drew Bieber ataupun lebih dikenali di persada seni sebagai Justin Bieber seorang artis antarabangsa yang sedang meningkat naik populariti nya di era ini.Beliau adalah seorang artis remaja yang sangat berbakat.Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1994 adalah seorang artis kelahiran Kanada yang membawa genre Pop -R&B.Beliau adalah seorang artis yang telah popular melalui "YouTube" bakat Bieber telah dicungkil oleh seorang pencari bakat baru Scooter Braun pada tahun 2008 dan kini telah bergelar pengurus kepada Justin Bieber.
Justin Bieber amat meminati Usher semenjak dari kecil lagi dan banyak mendendangkan lagu- lagu yang dipopularkan oleh Usher di setiap persembahan nya. Disebabkan minat yang mendalam terhadap Usher, Justin Bieber menaruh harapan ingin menjadi protege kepada Usher. Selaku pengurus Justin Bieber ,Scooter Braun telah menetapkan satu petemuan diantara Usher dan Justin Bieber di Alanta, Georgia. Melalui pertemuan itu Justin Bieber telah berpeluang mendendangkan lagu dihadapan Usher, lantas Usher terpegun dengan nyanyiannya lalu bersetuju menjadi mentor kepada Justin Bieber.Beliau amat kagum dengan bakat nyanyiannya penyanyi remaja itu.Usher juga merasakan kesungguhan Justin Bieber seperti dirinya di masa permulaannya di dalam dunia seni.
Justin Bieber telah menandatangani kontrak dibawah naungan Raymond Braun Media Group (RBMG) dan telah bergabung bersama-sama Usher menandatangi kontak rakaman di bawah Island Records yang telah ditawarkan oleh L.A Reid.Album rakaman pertama pertama beliau ialah "One Time" telah dipasarkan pada tahun 2009.Telah disenaraikan sebagai" Top 30" lagu yang paling popular di dalam 10 buah negara. Lagu beliau yang menjadi kegilaan remaja di masa kini dan menjadi Top hit ialah "Baby" lagu ini telah dihasilkan pada Januari 2010.
Apa yang menjadi kegilaan gadis remaja selain daripada vokal nya yang memikat dan mantap adalah gaya rambut yang digayakan nya.Pada masa ini dunia hiburan sedang dihangatkan dengan "Fever Bieber" iaitu demam Bieber ianya bukan sahaja menjadi kegilaan remaja namun semua individu tanpa mengira faktor usia.Justin Bieber ada lah seorang penyanyi berbakat yang disayangi oleh semua orang tanpa mengira peringkat usia dan bangsa.
Sumber rujukan : Wikipedia dan Google.
Wednesday, January 5, 2011
Panduan Solekan Simple Buat Kaum Hawa.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip solekan yang asas dan ""simple"" tapi berkesan,yang perlu kaum hawa oleskan di wajah sebelum melangkah ke tempat kerja atau di rumah .Tujuan saya supaya kaum hawa sentiasa kelihatan cantik dan menawan namun tidak keterlaluan. Solekan yang simple dan bersih akan menaikkan seri wajah.Supaya kita kelihatan lebih ceria dan dapat menghilangkan wajah pucat yang keterlaluan seperti orang sakit dan kurang darah.Supaya orang yang memandang wajah kita menjadi sejuk dan ceria.Solekan tidak perlulah berbibir merah,berpipi merah dan eyes shadow berwarna warni untuk kelihatan ceria.Tip yang saya ingin kongsikan sangat simple tapi ceria dan sangat berkesan.
Diantara solekan asas yang perlu ialah:
1-Krim pelembab + UV protection-Mulakan dengan Krim pelembab muka yang mengandungi UV protection seperti mengandungi sekurang kurangnya SPF 15 .Sapu rata-rata pada kawasan wajah biarkan selama 5 minit baru mulakan solekan ,krim wajah yang mengandungi UV protection sangat penting dari menggelakkan dari sinaran UV yang berbahaya yang menyebabkan kanser kulit dan mempercepatkan penuaan.
2-Concealer- Pastikan kita pilih warna concealer yang sesuai dengan warna kulit kita, kalau boleh warna gelap sedikit sahaja dari warna kulit,adalah perkara paling asas dalam solekan ...tip dari saya jika kita guna Concealer tidak perlu lagi kita gunakan faundation kerana faudation jika dipakai terlalu lama akan menutup liang roma kita dan menyebabkan jerawat.Jadi kita gunakan concealer untuk menutup segala ketidak sempurnaan pada waajah kita seperti parut jerawat paling penting kesan lebam bawah mata.
3- loose powder-setelah kita ratakan concealer rata -rata kat kawasan yang bermasalah..pastikan ianya sekata dan tidak bercapuk...pastikan juga kesan cela cover dengan baik.Kemudian kita layangkan berus besar sapukan loose powder rata -rata sehingga sekata .Loose powder bagus kerana ianya tidak menutup liang roma dan sesuai untuk kulit berjerawat
3-Lip balm -Pakai lip balm sebelum sebarang solekan pada bibir,lip balm penting dalam mengekalkan keseimbangan bibir.
4- Blusher - Pilih warna yang ""skin tone"" dan lembut seperti peach ,pink ....guna kan berus dan layangkan secara perlahan pada tulang pipi mulakan dari atas kebawah.Gunakan berus yang sesuai untuk kesan yang sederhana tapi cantik.
5- Mascara - Cukuplah sekadar kita memakai mascara kerana ianya akan menyerlahkan lagi mata kita.
6- Lip Stick - Gunakan lip stick yang lembut seperti earth color,peach dan pink yang lembut sekadar memberikan sedikit warna yang lembut dan ceria,Gunakan berus atau jari untuk meratakan lip stik supaya ianya sekata.
7- Brow Definer Pencil- Gunakan pensil pembentuk kening ,pilih warna yang sesuai bentukkan kening anda,bentukkan secara sederhana dan beruskan pewarna kening tadi sehingga sekata,pastikan anda rata kan dari arah hujung mata yang berhampiran dengan hidung kearah keluar .Pastikan kening kita kemas dan terbentuk Sebenarnya tidak perlu cabut kening untuk kesan kening yang terbentuk yang penting cara yang betul.Pastikan kita pilih warna pensil kening yang berwarna coklat terang jangan sekali kali gunakan warna hitam kerana ianya akan menyebabkan wajah kita menjadi garang.
Sampai disini sahaja tip dari saya.Tapi percaya lah ianya memang berkesan ,cubalah kerana saya memang amalkan nya semasa pergi bekerja dan keluar .Saya sekadar ingin berkongsi.
Sunday, January 2, 2011
Penyakit was was @ OCD....
Was was ataupun dalam istilah medikal ialah OCD (Obsessive-Compulsive Disorder )
ada lah salah satu penyakit gangguan mental yang banyak melanda orang di masa kini...seperti pelajar ...Bila berada didalam keadaan yang tertekan ,gangguan ini pun datang lah menyerang .Was was adalah keadaan dimana kita berasa ragu- ragu terhadap semua perbuatan kita dan disebabkan keadaan itu kita mengulanginya berulang kali.Apabila kita dalam keadaan tertekan keliru dan hilang haluan musuh utama kita iaitu Syaitan akan datang menghampiri kita dan membisikkan kata -kata sehingga kita berasa was was di dalam perbuatan kita...bukan itu sahaja di dalam sembahyang juga kita mungkin akan mengalami keadaan was was...Contohnya kita rasa air wuduk kita tidak sah,kita tertinggal bacaan Al Fatihah bermacam macam lah yang bermain di kepala kita.Sehingga kita berulang kali berhenti dan memulakan solat...Banyak lah perkara yang dikaitkan dengan was was seperti kita mencuci tangan berulang kali kerana bimbang kuman yang berada ditangan kita,menggosok gigi berulang kali kerana kita rasa gigi kita tidak bersih ,tingkah laku gemar menggumpul barangan lama seperti surat kabar,majalah sampah-sampah dan anda mengalami kesukaran untuk membuang barang lama sehingga rumah anda seperti stor ini juga adalah salah satu dari masalah OCD...hahhahahah macam-macam kan....Bermacam macam lah keadaan dimana kita melakukannya berulang ulang kali .
Sekiranya perkara begini berlaku pada anda ,jangan berasa malu untuk berjumpa dengan Doktor dan mendapat kan rawatan sekiranya perkara ini tidak dirawat sejak dari awal lagi ianya kan menggangu fungsi hidup anda.
Azam Baru di Tahun 2011...aku nak cepat kahwin "desperate" jer bunyi namun ini realiti....
Hahaahahah(ketawa dlm hati)....Tahun 2011,genap lah umur aku 26 tahun ,pejam celik pejam celik tua dah aku ni.....perangai aku jer yang tidak tua-tua nasib baik...Lg 2 tahun setengah cukup lah kontrak kerja aku...tidak sabar rasa nya melangkah pergi memula kan hidup baru...Bosan lah hari-hari buat perkara yang sama.Cuma azam tahun baru ini sahaja yang berubah ....kalau boleh aku nak cepat kahwin hheeheehe....tapi.....apa kan daya..aku hanya lah seorang wanita....lelaki kena datang meminang bukan aku yang pergi meminang...sooo apa daya...berserah lah pada takdir....dan suratan Ilahi.....kalau ada jodoh ada lah kalau tidak ada....nak buat macam mana nak takdir badan...sedih....nya...semua kenalan aku dah masuk alam perkahwinan dah beranak pinak lagi...aku juga yang still macam ni...adakah takdir ataupun pembalasan buat aku...Aku harap tahun 2011 ini menjanjikan semua yang indah buat aku...aku harap corak hidup aku juga semakin berubah dan menjadi semakin baik...aku harap orang sekeliling lebih memahami aku...aku berharap juga...perkerjaan aku juga semakin baik...aku harap dapat kenaikkan gaji yang setimpalnya...aku harap sepembuli di tempat aku itu mendapat balasan tuhan...agar dia lebih sedar diri...hidup di dunia hanyalah sementara dan loan dari Allah soooo jgn lupa diri....Aku harap aku kan dipertemukan jodoh A.S.A.P...aku harap terbuka lah pintu hatinya buat diri ku.....penat dah menanti....
Aku pulak yg geram.....dgn mamat pemotong ikan dkt Giant KJ tu"Bahasa Kita Mencerminkan Bangsa kita"
Tadi tidak tahu apa mimpi aku rasa macam nak g jalan2 ...beli barang dapur dkt Giant kebetulan jalan dekat tempat ikan aku tertarik nak beli kerang yang dah siap berkupas tu masak sambal taucu sedap...dlm hati aku...dah siap aku kaut kerang tu masuk dalam plastik...aku pun terus ikat plastik tu melangkah kearah tempat penimbang ikan kebetulan "mamat " pemotong ikan itu sedang sibuk siang ikan untuk pelanggan...yang buat aku rasa tidak best tentang mamat ini sedap mulut dia jer nak maki customer kebetulan customer itu bukan orang Malaysia...sekali tengok macam org Bangladesh....si customer minta lah mamat itu potong sekali ikan itu...tapi customer itu panggil mamat itu panggilan "bai" tapi dari segi raut wajah customer tak macam nak menggata pun..mungkin customer itu tidak pandai berbahasa melayu...tapi yg aku benggang dan geram si mamat pemotong ikan itu boleh marah2 maki si customer itu...tapi aku mmg dah perhatikan...dari mula lagi mamat itu macam tidak puas hati....dihentak-hentak nya pisau pemotong ikan tanda protes...bila customer itu salah guna ayat apa lagi cari punca lah...
Bagi aku kalau mamat itu tidak suka kerja dia apa lagi resign lah...jgn nak bersikap macam itu....
Subscribe to:
Posts (Atom)