Click here:

Friday, January 7, 2011

Justin Bieber






 Sumber Gambar : Google Image



 Justin Drew Bieber ataupun lebih dikenali di persada seni sebagai Justin Bieber seorang artis antarabangsa yang sedang meningkat naik populariti nya di era ini.Beliau adalah seorang artis remaja yang sangat berbakat.Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1994 adalah seorang artis kelahiran Kanada yang membawa genre Pop -R&B.Beliau adalah seorang artis yang telah popular melalui "YouTube" bakat Bieber telah dicungkil oleh seorang pencari bakat baru Scooter Braun pada tahun 2008 dan kini telah bergelar pengurus kepada Justin Bieber.

Justin Bieber amat meminati Usher semenjak dari kecil lagi dan  banyak mendendangkan lagu- lagu yang dipopularkan oleh Usher di setiap persembahan nya. Disebabkan minat yang mendalam terhadap Usher, Justin Bieber menaruh  harapan  ingin menjadi protege kepada Usher. Selaku pengurus Justin Bieber ,Scooter Braun telah menetapkan satu petemuan diantara  Usher dan Justin Bieber di Alanta, Georgia. Melalui pertemuan itu Justin Bieber telah berpeluang mendendangkan  lagu dihadapan Usher, lantas Usher terpegun dengan nyanyiannya lalu  bersetuju menjadi mentor kepada Justin Bieber.Beliau amat  kagum dengan bakat nyanyiannya penyanyi remaja itu.Usher juga merasakan kesungguhan Justin Bieber seperti dirinya  di masa permulaannya di dalam dunia seni.

Justin Bieber telah menandatangani kontrak dibawah naungan Raymond Braun Media Group (RBMG) dan telah bergabung bersama-sama  Usher menandatangi  kontak rakaman di bawah Island Records yang telah ditawarkan oleh L.A Reid.Album rakaman pertama pertama beliau ialah "One Time" telah dipasarkan pada tahun 2009.Telah disenaraikan sebagai" Top 30" lagu yang paling popular di dalam 10 buah negara. Lagu beliau yang menjadi kegilaan remaja di masa kini dan menjadi Top hit ialah "Baby" lagu ini telah dihasilkan pada Januari 2010.



Apa yang menjadi kegilaan gadis remaja selain daripada vokal nya yang memikat dan mantap adalah gaya rambut yang digayakan nya.Pada masa ini dunia hiburan sedang dihangatkan dengan "Fever Bieber" iaitu demam Bieber ianya bukan sahaja menjadi kegilaan remaja namun semua individu tanpa mengira faktor usia.Justin Bieber ada lah seorang penyanyi berbakat yang disayangi oleh semua orang tanpa mengira peringkat usia dan bangsa.



Sumber rujukan : Wikipedia dan Google.

No comments:

Post a Comment