Ibu,Mama,Mami.Ummi ,Emak itu lah ungkapan keramat yang sering digunakan untuk insan yang bergelar 'Wanita'..Insan ini lah yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan,kita dibawanya kesana kesini tanpa merasa beban...namun jauh disudut hati Insan ini sangat gembira dengan kehadiran kita dan tidak sabar menunggu kita lahir kedunia menyerikan lagi kehidupannya...Insan ini juga memberikan kita sejuta pengorbanan sehingga wujudnya kita dimasa kini sehingga bergelar Doktor,Peguam ,Jurutera bahkan Perdana Menteri tanpa insan yang bergelar ' Wanita' dan bergelar Ibu tiada lah kita di muka bumi ini betapa besarnya pengorbanan seorang Ibu yang bergelar 'Wanita' .Disaat kelahiran kita di dunia ini,Ibu bersabung nyawa supaya kita dapat lahir di dunia ini,10 jam Ibu menderita.Namun Ibu sentiasa gembira kerana tidak sabar menunggu kelahiran kita di dalam benak hati Ibu yang bermain hanyalah "Ya Allah ,semoga anakku ini lahir dengan selamat".Setelah kita lahir kedunia dan tangisan kita memecahkan kesunyian malam,Ibu pun menagis bukan kerana sakitan yang dialami namun kerana kegembiraan yang teramat . Apabila Ibu melihat kita berada di pangkuan nya kesakitan ibu terus hilang dengan serta merta,Ibu mengalirkan air mata tanda kegembiraan. Ibu membelai kita dengan penuh kasih sayang ,Ibu juga memberikan kita nutrisi yang pertama melalui penyusuan susu Ibu,besar benar pengorbanan Ibu kepada kita,perut Ibu terpaksa berlapar kerana menunggu saat kelahiran kita, namun sesudah kita lahir sahaja di dunia, membuka mata pun kita tidak mengerti namun Ibu sudah pun memberikan kita nutrisi yang secukupnya.Sesaat kita berada di pangkuan Ibu kita seolah menggerti itu lah Ibu yang mengadungkan ,kita pun terdiam dan seakan membisu ,terasa aman dan tenteramnya berada di pangkuan Ibu.Ibu menggucup dahi kita menandakan kasih sayang yang tidak terhingga.Setelah kita dewasa , jangan di lupakan jasa Ibu walaupun sesaat,kerana Ibu ada lah segala-galanya.Syurga juga di telapak kaki Ibu.Besar sungguh jasa dan pengorbanan Ibu.Itulah dia kisah 'Wanita' yang begelar Ibu.
No comments:
Post a Comment