Pada 2130 pm aku sedang memandu kereta dari tempat kerja ke rumah ,sampai sahaja depan rumah di Petaling Utama Jalan Klang Lama ,aku nampak ada kereta proton iswara berwarna putih cermin pintu berbalut dengan plastik, dalam hati memang sah lah cermin ini kena pecah.Bila aku buat "u turn "nak park kereta aku tengok ada kaca berkecai di jalan raya depan rumah itu .Aku pun terus parking kereta dalam hati risau juga parking disitu takut kena perkara yang sama tapi apa boleh buat tak ada tempat dah nak park terpaksa,Aku terus berjalan pulang dan bertawakal setibanya di tempat security guard aku pun terus lah tanya pak guard yang sedang bertugas itu,pak guard itu beritahu aku yang kereta itu kena pecah malam tadi ..barang yang hilang adalah $1.50.Tengok punya terdesak betul si pencuri mabuk ini kerana $1.50 sanggup pecah cermin kereta orang memang tidak berhati perut .
Namun begitu pengajaran yang dapat disimpulkan disini ialah jangan lah letak duit dalam kereta banyak aku tengok kawan-kawan aku suka letak syiling melambak dekat hand break itu sebab duit syiling dah habis rugi beratus ringgit kereta kena pecah .Sekarang ini aku rasa duduk dekat mana-mana pun tidak selamat semakin ramai pengganas di Malaysia...aku memang takut benda-benda macam ini aku harap semua orang dapat bekerja sama memberi maklumat pada pihak yang berkuasa sekiranya mereka mendapat maklumat.Aku harap pihak polis dapat buat rodaan yang lebih kerap dikawasan yang berisiko dan rate jenayah tinggi.
wah bahaya betul..RM 1.50 pny pasal sanggup pecahkan cermin kereta orang
ReplyDeletemalaysia dah tak aman, duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat.tsk.berdoa jelah tak jadi apa-apa
ReplyDelete